JIWA

BILA . SAAT . DAN . KETIKA 

bila aku melihat mereka 'slim melim' aku merendah diri dengan 'kegemokan' diri
bila aku melihat mereka 'bercouple' aku mengeluh dengan status 'single'
bila aku melihat mereka menukar status 'bujang' kepada 'berkahwin' aku down malu
bila aku melihat mereka 'berzuriat' aku rasa 'lonely' tetiba
bila aku melihat mereka 'bermewah' aku 'kusut' menyelesaikan masalah
bila aku melihat mereka 'berjaya' aku merasa 'kerdil' berbanding mereka
bila aku melihat mereka 'bahagia'..'derita' ke aku ??
alkisahnya sampai 'bila' aku nak macam ni?? mengeluh dan tidak bersyukur ??

saat aku melihat mereka 'mendedahkan' aurat aku bersyukur aku tiada pakaian seperti itu..
kerana apa?? kerana 'kegemokan' menyelamatkan aku.. tiada saiz yg muat utk kusarungkan
saat aku melihat mereka berlebihan dalam 'perhubungan' aku bersyukur aku dilindungi oleh-NYA
saat aku melihat mereka 'dikhianati' pasangan aku bersyukur aku tidak merasai kesakitan itu..
ALLAH tahu aku tidak kuat saat dikhianati.. ALLAH tahu aku lemah saat menghadapi
saat aku melihat mereka 'diuji' aku bersyukur aku dilindungi oleh-NYA
aku bersyukur ujian untukku tidak sehebat ujian mereka.. kerana ALLAH tahu aku tidak mampu..
saat aku melihat 'kecacatan' yang ada pada mereka atas kelebihan yang ALLAH kurniakan..
aku bersyukur atas 'kesempurnaan' yang telah allah hadiahkan padaku

jangan bongkak bila kau fikir kau sempurna kerana kuasa bukan ditangan kita..
hidup biar ada pegangan biar sedar diri biar tahu asal usul..
pernahkah kau terfikir jika segala kebangganmu itu direntap??
pernahkah kau bersedia andai kebongkakan mu itu bertukar balapetaka??

saat aku merasainya..terdetik suatu perasaan..
saat aku beristifar ..aku mula memahaminya..
aku yakin kau selalu ada untukku..
sentiasa mendengar luahanku..
memberikan apa yang terbaik kepadaku..
hanya kau yang mengetahui apa yg terbaik untukku
hanya kau yang berkuasa mengaturkanya
aku yakin dengan kurniaanmu YA ALLAH..

ALLAH menguji hambanya yg soleh..ALLAH melihat kecekalan kita..
tetaplah selalu bersyukur atas apa yang diberikan oleh-NYA..
jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada,
kita takkan risau dengan apa yang bukan milik kita..
ku bersyukur atas ujian yang ditimpakan keatasku kerna kutahu ujian ini adalah tanda ALLAH menyayangiku <3


'ya Allah limpahkan kepadaku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh'












No comments:

Post a Comment